Logo Background RSS

» Buku Jeniri Amir

  • Berucap Seperti Pemimpin Terbilang
    By faruqijeniri on November 8th, 2008 | No Comments Comments

    Berucap Seperti Pemimpin Terbilang

    Penulis: Jeniri Amir

    Tebal: 244 m/s

    Penerbit: jenza Enterprise

    Menyingkap rahsia ucapan berkesan pemimpin hebat negara dan duniayang mampu memukau khalayak. paparkan teknik pembujukan, retorik dan propaganda.

    Prakata:

    Jika anda henda memberi ucapan, ceramah, taklimat, pembentangan atau bercakap di hadapan TV dan radio, inilah buku yang perlu anda baca. Penuh dengan tips, panduan dan teknik yang turut digunakan oleh Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Sukarno, Martin Luther King dan puluhan pemimpin terbilang negara dunia.

    Mengapakah mereka dapat menyampaikan ucapan dengan berani, yakin dan efektif? Buku ini membongkarkan rahsia mengapa audiens terpegun dan terpukau dengan ucapan pemimpin berkenaan.

    Kreadibiliti dan imej anda pasti akan menyerlah apabila anda mampu bercakap dan berucap dengan baik di hadapan ramai. Malah, anda dapat membuat duit yang banyak jika anda pandai berucap dan bercakap.

    Sesuai untuk semua peringkat pemimpin, ahli potlitik, pelajar, mahasiswa, pensyarah, pengacara majlis dan mereka yang mahu menyerlah dihadapan TV atau di corong radio.

    Antara isi kandungan di dalam buku ini:

    • Menjadi Perucap Berjaya
    • Keuntungan Sebagai Perucap
    • Jenis-jenis Ucapan
    • Dari Khutbah ke Ucapan Perpisahan
    • Memberitahu, Membujuk, Menghibur
    • Menganalisis Majlis
    • Kenali Khalayak Anda
    • Antara Si Kepala Batu dengan Si Kaki Kritik
    • Menggali Khazanah Maklumat
    • Pembuka Pentas
    • Menyusun Idean dan Hujah
    • Pendukung Gagasan
    • Mengakhiri Ucapan dengan Dentuman
    • Sanggup mati asalkan tidak berucap
    • 20 Strategi Menangani Rasa Takut
    • Berlatih Demi Keyakinan dan Kesempurnaan
    • Penampilan Menarik
    • Seribu Makna Bahasa Badan
    • Bagaimana Menulis Teks Ucapan
    • Teknik Retorik Menyihir Khalayak
    • 10 Alat Propaganda
    • Membujuk dan Menunduk Khalayak
    • Stail Memukau Khalayak
    • Biar Khalayak Terpesona
    • Teknik Membaca Teks Ucapan
    • Bercakap Melalui TV dan Radio
    • Kuasa Bahasa Mencengkam Khalayak
    • Tersalah Guna Panggilan Hormat
    • Teknik Menggunakan Alat Bantu
    • Menangani Sesi Soal Jawab
    • Mengapa Anda Gagal
    • 50 persoalan
    Klik Sini Untuk Memesan Buku Berucap Seperti Pemimpin Terbilang

    Klik Sini Untuk Memesan Buku Berucap Seperti Pemimpin Terbilang

    Share and Enjoy:
    • Digg
    • del.icio.us
    • Facebook
    • NewsVine
    • Reddit
    • StumbleUpon
    • YahooMyWeb
    • Google Bookmarks
    • Yahoo! Buzz
    • TwitThis
    • Live
    • LinkedIn
    • Pownce
    • MySpace
  • 50 Personaliti Terbilang Malaysia
    By faruqijeniri on November 8th, 2008 | 2 Comments2 Comments Comments

    50 Personaliti Terbilang Malaysia

    Penulis: Jeniri Amir

    Tebal: 282 m/s

    Terbitan: Jenza Enterprise

    Harga: RM68

    Mereka pernah hidup miskin dan tidak ternama. Kini mereka sudah popular, berjaya dan menjadi jutawan. Buku ini mendedahkan liku-liku perjuangan dan rahsia kejayaan mereka. Pelajar dan generasi muda tentu dapat memperolehi pengajaran dan motivasi diri dengan membaca kisah hidup mereka.

    Prakata:

    Anda juga dapat menjadi seperti mereka: terkenal, berjaya dalam hidup dan menjadi jutawan. Sebahagian daripada personaliti yang dipaparkan dalam buku ini merupakan mereka yang pernah hidup miskin, datang daripada keluarga yang tidak dikenali dan berasal dari desa.

    Apakah rahsia kejayaan mereka? Bagaimanakah personaliti terbilang berkenaan berjaya mengharungi liku-liku kehidupan dan perjuangan mereka? Apakah yang menyebabkan mereka lebih menyerlah daripada individu lain? Semuanya itu dirungkaikan dalam buku yang bertulis dengan gaya bahasa yang menarik, segar dan bertenaga ini.

    Generasi muda, terutama pelajar, mahasiswa dan belia tentu dapat mengutip sesuatu pengajaran daripada 50 personaliti berkenaan. Anda juga tentu dapat memmotivasikan diri dengan belajar daripada rahsia kejayaan mereka. Siapa kata anda atau andak anda tidak boleh menjadi seperti mereka suatu hari nanti?

    Antara personaliti yang terdapat di dalam buku ini:

    1. Abdul Wahid Omar- Ikon Dunia
    2. Amber Chia- Peragawati Antarabangsa
    3. K.A.S Annurai- Kuasai Tujuh Bahasa
    4. Azalina Othman- Ahli Politik Wanita Berwawasan
    5. Azhar Mansor- Pelayar Solo Negara
    6. Azizi Ali- Perunding Kewangan
    7. Aznil Haji Nawawi- Pengacara TV Nombor Satu
    8. Bernard Chandran- Pereka Fesyen Terkemuka
    9. Erra Fazira- Ratu Filem Melayu
    10. Eric Leong- Raja Tatahias
    11. Faisal Tehrani- Pengarang Terkemuka
    12. Faiz Khaleed- Angkasawan Popular
    13. Farah Fauzana- Pengacara Popular
    14. Farid Ridzuan- Ikon Media
    15. Hishammuddin Tun Hussein- Ahli Politik Karismatik
    16. Idris Jala- Wira Mas
    17. Irfan Khairi- Jutawan Internet
    18. Irma Nurzahrah- pemidato Terbaik Dunia
    19. Jemilah Mahmood- Sukarelawan Global
    20. Jimmy Choo- Pereka Kasut Profesional
    21. Jong Chian Lai- Perngarang Berbakat Besar
    22. Karam Singh Walia- Wartawan Penyiaran Terbaik
    23. Khairy Jamaluddin- Bintang Politik Yang Menyinar
    24. Mahadzir Lokman- Pengacara Terbaik
    25. Marimuthu Nadason- Pejuang Hak Pengguna
    26. Marina Ahmad- Wanita Pertama Takhluki Everest
    27. Mawi/ Asmawi Ani- Penyanyi Popular
    28. Melinda Looi- Pereka Fesyen
    29. Michelle Yeoh- Bintang Filem Kelas Dunia
    30. Mohanadas Nagaan- Pahlawan Puncak Everest
    31. Mohd Khir Toyo- Ahli Politik Dinamik
    32. Muhd Kamil Ibrahim- Ahli Akedemik Terbilang
    33. Nazir Tun Razak- Tokoh Korporat Terbilang
    34. Nicol David- Ratu Skuasy Negara
    35. Siti Nor Bahyah Mahamood- Pendakwah Agama
    36. Noraini Ahmad- Ahli Politik Muda Berwibawa
    37. Nur Amalina Che Bakri- Pelajar 17 A1`SPM
    38. Redzuawan Ismail- Chef Selebriti
    39. Rozali Ismail- Tokoh Usahawan Terkemuka
    40. Sazali Samad- Ahli Bina Badan Bertaraf Dunia
    41. Shamsul Anuar- Tokoh Belia
    42. Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir- Penakluk Kutub Dunia
    43. Syeikh Muszaphar Shukor Harun- Angkasawan Negara Pertama
    44. Siti Nurhaliza- Diva Pop Negara
    45. Sosilawati Lawiya- Jutawan Kosmetik
    46. Suhaimi Sulaiman- Pakar Strategi Media
    47. Tiara Jacquelina- Primadona Filem Melayu
    48. Tony Fernandes- Pengasa Penerbangan Tambang Murah
    49. HM Tuah Iskandar- Pakar Motivasi Terkenal
    50. Winnie Loo- Pendandan Rambut Terkemuka
    Share and Enjoy:
    • Digg
    • del.icio.us
    • Facebook
    • NewsVine
    • Reddit
    • StumbleUpon
    • YahooMyWeb
    • Google Bookmarks
    • Yahoo! Buzz
    • TwitThis
    • Live
    • LinkedIn
    • Pownce
    • MySpace
  • Menulis Buku : Cara Lain Dapatkan Wang Besar
    By faruqijeniri on November 7th, 2008 | 6 Comments6 Comments Comments

    Menulis Buku; Cara Lain Dapatkan Wang Besar 5

    Penulis: Jeniri Amir

    Tebal- 220 m/s

    Harga- RM50

    Terbitan: Jenza Enterprise

    Sudah banyak penulis bergelar jutawan. Lebih daripada 15 penulis raih RM300,000 setahun di Malaysia. Ratusan penulis lain dapat RM25,000 setahun. Dengan menulis, anda akan dikenali ramai.

    Antara isi kandungan buku ini yang dibincangkan adalah:

    1. Cara mendapatkan idea
    2. Teknik menulis buku yang seronok dibaca
    3. Mendisiplinkan masa menulis
    4. Mengenali pelbagai aspek buku
    5. Pelbagai cara memberi tajuk
    6. Tip menulis proposal buku
    7. Bagaimana buku dinilai
    8. Mengubah tesis menjadi buku
    9. 10 sebab manuskrip ditolak
    10. dan banyak lagi…menggandungi 33 topik yang serba lengkap untuk anda mula menulis buku dan mendapatkan wang besar darinya! Dapatkannya sekarang!

    Tips dari penulis untuk anda tentang buku ini:

    Mahu melihat nama anda dicetak pada kulit buku hasil tulisan anda sendiri? Jika ya, teruskan membaca buku ini. Buku ini bukan sekadar memberitahu bagaimana membuat duit dengan menulis buku. Ia turut menjelaskan proses dan tahap-tahap yang perlu dilalui untuk menjadi penulis buku yang berjaya. Buku ini memberi panduan bagaimana menulis buku yang dibaca dan mendapat sambutan khalayak, dan menjadikan anda penulis yang sentiasa mendapat tempat di hati penerbit dan pembaca.

    Menghasilkan manuskrip hingga menjadi buku dan dibaca oleh orang ramai memerlukan sikap profesional, iaitu berdisiplin, kerja keras, kemahiran tinggi, dan kecintaan yang mendalam terhadap dunia penulisan dan ilmu. Kecintaan terhadap bidang penulisan dan keinginan untuk melihat lebih ramai penulis menerokai dunia penulisan, dan seterusnya mendapat wang daripadanya merupakan rangsangan terkuat mengapa buku ini dihasilkan. Kesedaran untuk melihat lebih banyak penulis lahir dan lebih banyak buku diterbitkan tercetus daripada keinginan untuk melihat suburnya industri buku di negara ini.

    Malangnya, jika sarjana dan penulis luar negara berlumba-lumba untuk menghasilkan buku, keadaan demikian tidak melanda negara kita. Bagi penulis dan sarjana luar negeri, ungkapan publish or perish sudah menjadi aforisme dan mendarah daging. Bagi kita, ungkapan itu tidak membawa makna.

    Kemampuan menulis buku terlaris memang merupakan impian setiap penulis. Menulis pada hari ini bukan lagi sekadar hobi, tetapi kerjaya yang dapat mengubah kehidupan seseorang. Dengan bakat, kesungguhan, dan pengorbanan, penulis akan menikmati ganjaran, penghargaan, kenikmatan atau kepuasan yang tidak terkira. Namanya mungkin meledak di pasaran, dan kesudahannya, buku tersebut sentiasa diburu oleh pembaca.

    Persoalannya, benarkah dengan menulis buku seseorang dapat membuat duit? Mengapa tidak? Kini, sudah ada penulis yang berjaya meraih pendapatan yang lumayan. Ada daripada mereka yang memperoleh sehingga RM250,000 setahun. Untuk mendapat RM25,000 setahun dengan menulis bukan sesuatu yang terlalu sukar. Hasil daripada royalti yang diterima, mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Mereka dapat memenuhi impian dan cita-cita, dengan membeli kondominium, kereta, melabur wang, membeli hartanah, dan melancong ke luar negara.

    Tidak hairan keinginan untuk menulis buku kini kian meluas. Ada yang begitu prolifik dan menghasilkan sehingga melebihi lima buah buku dalam setahun. Di Malaysia, ketika jumlah buku dan penulis tidak begitu banyak, penulis dapat menganggap diri mereka bertuah kerana mempunyai bakat dan kemahiran untuk menulis.

    Namun, keinginan untuk menghasilkan buku yang berkualiti, memenuhi cita rasa pembaca sehingga akhirnya menjadi buku terlaris tetap sentiasa membara di hati penulis atau pengarang. Mereka sedar bahawa menulis mendatangkan kesan positif kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Buku merupakan senjata berdaya debat yang hebat. Buku dapat dijadikan kubu untuk menangkis serangan pemikiran, dan buku juga dapat dijadikan senjata untuk menyerang pemikiran. Jadi, sebagai penulis, kita perlu menyerang pemikiran dengan pemikiran juga, iaitu melalui buku yang tajam pemikirannya.

    Apatah lagi, kebelakangan ini, dengan strategi penerbitan dan pemasaran yang betul, buku bukan fiksyen juga mulai mendapat pasaran yang baik. Ada buku yang diulang cetak beberapa kali dalam tempoh yang relatif singkat sehingga melonjakkan nama penulis ke papan teratas.

    Namun, untuk mencapai kejayaan seperti itu bukan mudah. Sifat, persediaan, pengetahuan, dan kemahiran yang betul dituntut bagi membolehkan anda muncul sebagai penulis yang berjaya. Menyedari pentingnya calon penulis didedahkan dengan teknik, prinsip, panduan, dan tip penulisan buku yang berkesan, maka saya berusaha untuk menulis buku ini. Banyak permintaan daripada penulis, termasuk pensyarah universiti agar saya menghasilkan buku seumpama ini, sesudah buku Buat Duit Dengan Menulis beredar di pasaran. Tambahan pula, belum terdapat buku seumpamanya di Malaysia.

    Buku ini secara khusus menjelaskan panduan menulis buku daripada peringkat membuat kertas cadangan, mendapatkan idea, memberi tajuk, menulis wacana, pembacaan pruf, hinggalah penyediaan manuskrip. Dengan demikian diharapkan, ia dapat mengatasi sebarang hambatan dan masalah mereka yang ingin menulis buku.

    Buku ini dapat mencungkil potensi anda sebagai penulis kerana sifatnya yang informatif dengan menekankan panduan yang praktikal. Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin menulis dan berminat dalam dunia penulisan, termasuk golongan profesional yang sibuk. Pengolahannya menarik dan penyampaiannya mudah diikuti kerana penulis menggunakan gaya bahasa yang lincah dan mudah, tetapi segar dan kreatif. Terdapat banyak kisah menarik, statistik yang menakjubkan, dan kata-kata hikmat yang memberi rangsangan dimuatkan dalam buku ini.

    Dalam bidang penulisan, memang menjadi impian setiap penulis untuk menghasilkan buku yang akan dibeli dan dibaca oleh masyarakat. Kalau dapat mereka mahu buku itu menjadi bestseller. Itulah yang menjadi pegangan saya ketika menulis buku ini. Selain bersifat motivasi, buku ini lebih merupakan buku panduan how to yang dapat menjadi pegangan atau handbook mereka yang ingin menghasilkan manuskrip yang berpotensi diterima oleh penerbit. Anda dapat mengetahui panduan dari segi penyediaan kertas cadangan, bahagian yang perlu ada dalam buku, alat penulisan yang berkesan, aspek yang dinilai, dan mengapa manuskrip anda ditolak oleh penerbit.

    Dalam dunia penerbitan, banyak pihak yang terlibat: penulis, penilai, editor, pereka letak, pembaca pruf, pengedar, dan pembeli. Pendek kata, buku ini adalah tentang dunia buku dari peringkat menggagaskan idea hingga ke promosi buku. Bab teknik mengubah suai tesis menjadi buku, kaedah penulisan KJ, dan aspek penilaian buku tentu amat berguna kepada penulis. Kriteria buku yang berjaya, sebab manuskrip ditolak dan strategi menanganinya turut disentuh dalam buku ini.

    Panduan atau tip yang disampaikkan adalah berdasarkan pengalaman, pengetahuan, dan kemahiran  selama berkecimpung dalam bidang ini selama lebih 20 tahun, baik sebagai penulis, pengulas buku, pengkritik, penilai, editor, pemudah cara kursus ataupun pembicara buku. Buku ini merupakan yang pertama seumpamanya diterbitkan di Malaysia.

    Jadi, jika anda mahu tahu bagaimana menjadi penulis yang berjaya, bacalah buku ini. Saya yakin bahawa idea anda akan dapat disampaikan dalam bentuk buku yang mendatangkan hasil kewangan dan kesan positif lain kepada anda, keluarga,  dan negara. Anda harus yakin terhadap diri, dan mulalah menulis. Menulis ialah langkah pertama ke dunia keseronokan dan kepuasan yang yhang pasti ingin anda nikmati.

    Kata perangsang atau Kata-kata mutiara juga terdapat di dalam buku ini seperti:

    Sebahagian besar daripada masa penulis digunakan untuk membaca bagi membolehkannya menulis; seseorang merujuk setengah daripada buku di dalam perpustakaan bagi menghasilkan sebuah buku - Samuel Johnson

    Share and Enjoy:
    • Digg
    • del.icio.us
    • Facebook
    • NewsVine
    • Reddit
    • StumbleUpon
    • YahooMyWeb
    • Google Bookmarks
    • Yahoo! Buzz
    • TwitThis
    • Live
    • LinkedIn
    • Pownce
    • MySpace