Logo Background RSS
  • Cara menulis buku yang orang baca
    By Jeniri Amir on May 18th, 2009 | No Comments Comments

    “Menulis karya yang layak diterbit, mencari orang yang dapat dipercayai untuk menerbitkannya, dan mendapatkan orang yang waras untuk membacanya merupakan tiga kesukaran utama sebagai penulis.”

    - CHARLES CALEB COLTON

    Falsafah

    • Kami percaya anda dapat menulis buku tentang perkara yang anda cintai dan mendapat duit daripadanya.
    • Kami percaya sesungguhnya akan pentingnya kerja kuat.
    • Kami percaya tiada ramuan untuk berjaya. Kami boleh memberi anda resipi, tetapi anda perlu membuat makanan anda sendiri. Dan memakannya.
    • Kami percaya anda perlu menempatkan diri anda dalam dunia ini. Jika tidak, dunia tidak akan mempedulikan anda.
    • Kami percaya mereka yang belajar daripada kesilapan dan meraih manfaat daripadanya selalunya berjaya.
    • Kami percaya pentingnya membuka mata dan telinga, bertindak terhadap semua peluang.
    • Kami percaya tentang perlunya mengumpul sebanyak mungkin maklumat.
    • Kami percaya bahawa mendengar sama penting seperti bercakap, dan membaca sama penting seperti menulis.
    • Kami percaya semakin banyak orang yang anda tolong, semakin banyak orang yang akan menolong anda.
    • Kami percaya akan kuasa ‘terima kasih’.
    • Kami percaya, buku dapat mengubah kehidupan seseorang.

    Sumber: Eckstut & Sterry

    Cara menulis buku yang orang baca

    Share and Enjoy:
    • Digg
    • del.icio.us
    • Facebook
    • NewsVine
    • Reddit
    • StumbleUpon
    • YahooMyWeb
    • Google Bookmarks
    • Yahoo! Buzz
    • TwitThis
    • Live
    • LinkedIn
    • Pownce
    • MySpace
  • Pengalaman ke Jakarta & Bandung
    By faruqijeniri on January 1st, 2009 | No Comments Comments

    Ini adalah pelancongan saya ke Jakarta & Bandung, Indonesia. Kali ini, saya membawa isteri, putera dan puteri saya bersama. Pengalaman ke Indonesia sukar untuk dilupakan kerana disana, anda akan melihat pemandangan yang tidak akan anda jumpa di Malaysia.

    Sebagai contoh, mustahil untuk anda melihat peminta sedekah meminta sedekah ketika kereta tengah ‘machet’ atau disaat kesesakan lalu lintas. Dimasa yang sama juga, anda boleh lihat anak-anak muda yang bersusah payah mencari sesuap nasi dengan menjual akhbar. Kerana itulah, saya begitu teruja dan kagum bila pergi ke Indonesia. Saya kagum dengan rakyat Indonesia yang rajin bekerja.

    Anda juga dapat melihat ’shopping complex’ yang besarnya tidak terkira dan jumlah nya beratus-ratus buah di Jakarta. Kereta-kereta di jalanan juga bukan calang-calang kerana kebanyakannya adalah model-model mahal seperti Toyota Alphard, Honda New Jazz, Mercedes, BMW 7 Series dan Toyota Camry. Disana, anda akan terkejut bila melihat Vios dan New Vios digunakan sebagai teksi. ‘Bajai’, juga adalah pengangkutan yang popular di Jakarta.

    Paling mengagumkan adalah bila anda melangkah masuk ke dalam toko buku. Anda akan melihat ratusan manusia membeli buku dari pagi sampai ke malam. Seakan-akan manusia yang sedang membeli keperluan harian seperti ikan dan sayur-sayuran di pasar minggu.

    Banyak lagi pengalaman yang saya serta keluarga nikmati ketika berada di Jakarta dan Bandung. Disini, saya selitkan beberapa gambar saya ketika di Indonesia.

    Saya bersama pemandu Bajai.

    Sedang menikmati minum petang di Dunkin Donat Grand Indonesia sambil membaca The Jakarta Post.

    Jangan terpedaya. Ini sebenarnya di dalam sebuah Shopping Complex di Jakarta. :)

    Bergambar bersama puteri, Nining Istifa di Puncak Tangkuban Parahu di Bandung.

    Bergambar dengan seekor gajah di Taman Safari, Indonesia.

    Terima Kasih.

    Share and Enjoy:
    • Digg
    • del.icio.us
    • Facebook
    • NewsVine
    • Reddit
    • StumbleUpon
    • YahooMyWeb
    • Google Bookmarks
    • Yahoo! Buzz
    • TwitThis
    • Live
    • LinkedIn
    • Pownce
    • MySpace
  • Sentiasa Bersedia
    By faruqijeniri on November 9th, 2008 | No Comments Comments

    Berpeganglah kepada prinsip ahli pengakap; Bersedia Sentiasa. Bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal. Kata Larry King, beritahu khalayak anda apa yang anda hendak beritahu, kemudian beritahu, dan akhirnya beritahu mereka apa-apa yang telah anda beritahu! Pada awalnya, beritahu perkara yang hendak diberitahu dan sebagai kesimpulan, ulangi semua secara ringkas perkara yang telah diberitahu,

    Sesuangguhnya, kejayaan sesuatu persembahan bergantung pada banyak faktor. Antaranya:

    • Seajuh manakah bersedia dan yakinnya anda?
    • Apakah anda menguasai tajuk atau subjek itu?
    • Bagaimana anda menggunakan suara anda?
    • Tempat dan masa majlis?
    • Bagaimana anda menangani khalayak. termasuk soalan mereka?
    • Bagaimana anda menggunakn alat bantu?
    • Sejauh mana relevennya isi kandungan anda?
    • Bahasa tubuh yang diperagakan?
    Share and Enjoy:
    • Digg
    • del.icio.us
    • Facebook
    • NewsVine
    • Reddit
    • StumbleUpon
    • YahooMyWeb
    • Google Bookmarks
    • Yahoo! Buzz
    • TwitThis
    • Live
    • LinkedIn
    • Pownce
    • MySpace
  • Pertajam Kemahiran
    By faruqijeniri on November 9th, 2008 | No Comments Comments

    Kemahiran berucap bukan dikuasai daripada lahir. Bakat penting, tetapi bakay diasah daripada pengalaman dan latihan. Kemahiran dapat dipertajam dan ditingkatkan. Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menegaskan berkali-kali, seseorang yang idak mahir akan menjadi mahir jika kemahiran itu sentiasa diasah dan dipertajamkan tanpa henti.

    Seperti seorang tukang, kemahiran berucap dan berceramah di khalayak ramai juga perlu diasah melalui latihan dan amalan. Dengan kemahiran yang dikuasai, anda akhirnya akan dapat muncul sebagai penceramah handal dan sentiasa diburu. Anda p[erlu bijak menggunakan humor. Ucapan atau ceramah tanpa humor akan menjadi kering-kontang. Selera khalayak untuk mendengarnya tentu terjejas, sama seperti kari tanpa rempah-ratus yang mencukupi.

    Share and Enjoy:
    • Digg
    • del.icio.us
    • Facebook
    • NewsVine
    • Reddit
    • StumbleUpon
    • YahooMyWeb
    • Google Bookmarks
    • Yahoo! Buzz
    • TwitThis
    • Live
    • LinkedIn
    • Pownce
    • MySpace
  • Dionysius
    By faruqijeniri on November 8th, 2008 | 2 Comments2 Comments Comments

    Anda mahu seperti Sukarno, Winston Churcill, Abraham Lincoln, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah atau Saifuddin Nasution? Mereka merupakan antara pemidato dan penceramah hebat yang mampu menyihir khalayak. Ucapan dan ceramah mereka umpama besi berani yang mencengkam perhatian ribuan khalayak. Apakah yang harus anda lakukan supaya menjadi seperti mereka? Seorang perucap, pemidato, penceramah dan pembentang yang unggul perlu memiliki sifat-sifat seperti:

    1. Kemaruk terhadap ilmu
    2. Kejayaan tidak datang dari langit
    3. Menerokai sempadan bahasa
    4. Pertajam kemahiranKuasai teknik ucapan dan retorik
    5. Kuasai kemahiran menggunakan alat bantu
    6. Ketahui subjek anda
    7. Kuasai teknik penyampaian yang berkesan
    8. Ketahui latar belakang majlis dan audiens
    9. Berimej positif
    10. Sentiasa bersedia
    11. Tampil berwibawa
    Share and Enjoy:
    • Digg
    • del.icio.us
    • Facebook
    • NewsVine
    • Reddit
    • StumbleUpon
    • YahooMyWeb
    • Google Bookmarks
    • Yahoo! Buzz
    • TwitThis
    • Live
    • LinkedIn
    • Pownce
    • MySpace