“Menulis karya yang layak diterbit, mencari orang yang dapat dipercayai untuk menerbitkannya, dan mendapatkan orang yang waras untuk membacanya merupakan tiga kesukaran utama sebagai penulis.”
- CHARLES CALEB COLTON
Falsafah
- Kami percaya anda dapat menulis buku tentang perkara yang anda cintai dan mendapat duit daripadanya.
- Kami percaya sesungguhnya akan pentingnya kerja kuat.
- Kami percaya tiada ramuan untuk berjaya. Kami boleh memberi anda resipi, tetapi anda perlu membuat makanan anda sendiri. Dan memakannya.
- Kami percaya anda perlu menempatkan diri anda dalam dunia ini. Jika tidak, dunia tidak akan mempedulikan anda.
- Kami percaya mereka yang belajar daripada kesilapan dan meraih manfaat daripadanya selalunya berjaya.
- Kami percaya pentingnya membuka mata dan telinga, bertindak terhadap semua peluang.
- Kami percaya tentang perlunya mengumpul sebanyak mungkin maklumat.
- Kami percaya bahawa mendengar sama penting seperti bercakap, dan membaca sama penting seperti menulis.
- Kami percaya semakin banyak orang yang anda tolong, semakin banyak orang yang akan menolong anda.
- Kami percaya akan kuasa ‘terima kasih’.
- Kami percaya, buku dapat mengubah kehidupan seseorang.
Sumber: Eckstut & Sterry





Komen Terbaru Pembaca Blog