Logo Background RSS

» Wang Besar

  • Kembara menulis buku pun bermula…
    By Jeniri Amir on June 22nd, 2009 | 2 Comments2 Comments Comments

    Berpandukan strategi penerbitan dan pemasaran yang betul, buku bukan fiksyen juga mulai mendapat pasaran yang baik. Ada buku yang diulang cetak beberapa kali dalam tempoh yang relatif singkat sehingga melonjakkan nama penulis ke papan teratas.

    Namun, untuk mencapai kejayaan seperti itu bukan mudah. Sifat, persediaan, pengetahuan, dan kemahiran yang betul dituntut bagi membolehkan anda muncul sebagai penulis yang berjaya. Menyedari pentingnya calon penulis didedahkan dengan teknik, prinsip, panduan, dan tip penulisan buku yang berkesan, maka saya berusaha untuk menulis buku ini, ‘Menulis Buku: Cara Lain Dapatkan Wang Besar’. Banyak permintaan daripada penulis, termasuk pensyarah universiti agar saya menghasilkan buku seumpama ini, sesudah buku Buat Duit Dengan Menulis beredar di pasaran. Tambahan pula, belum terdapat buku seumpamanya di Malaysia.

    Buku ini secara khusus menjelaskan panduan menulis buku daripada peringkat membuat kertas cadangan, mendapatkan idea, memberi tajuk, menulis wacana, pembacaan pruf, hinggalah penyediaan manuskrip. Dengan demikian diharapkan, ia dapat mengatasi sebarang hambatan dan masalah mereka yang ingin menulis buku.

    Buku ini dapat mencungkil potensi anda sebagai penulis kerana sifatnya yang informatif dengan menekankan panduan yang praktikal. Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin menulis dan berminat dalam dunia penulisan, termasuk golongan profesional yang sibuk. Pengolahannya menarik dan penyampaiannya mudah diikuti kerana penulis menggunakan gaya bahasa yang lincah dan mudah, tetapi segar dan kreatif. Terdapat banyak kisah menarik, statistik yang menakjubkan, dan kata-kata hikmat yang memberi rangsangan dimuatkan dalam buku ini.

    Dalam bidang penulisan, memang menjadi impian setiap penulis untuk menghasilkan buku yang akan dibeli dan dibaca oleh masyarakat. Kalau dapat mereka mahu buku itu menjadi bestseller. Itulah yang menjadi pegangan saya ketika menulis buku ini. Selain bersifat motivasi, buku ini lebih merupakan buku panduan how to yang dapat menjadi pegangan atau handbook mereka yang ingin menghasilkan manuskrip yang berpotensi diterima oleh penerbit. Anda dapat mengetahui panduan dari segi penyediaan kertas cadangan, bahagian yang perlu ada dalam buku, alat penulisan yang berkesan, aspek yang dinilai, dan mengapa manuskrip anda ditolak oleh penerbit.

    Dalam dunia penerbitan, banyak pihak yang terlibat: penulis, penilai, editor, pereka letak, pembaca pruf, pengedar, dan pembeli. Pendek kata, buku ini adalah tentang dunia buku dari peringkat menggagaskan idea hingga ke promosi buku. Bab teknik mengubah suai tesis menjadi buku, kaedah penulisan KJ, dan aspek penilaian buku tentu amat berguna kepada penulis. Kriteria buku yang berjaya, sebab manuskrip ditolak dan strategi menanganinya turut disentuh dalam buku ini.

    Panduan atau tip yang disampaikkan adalah berdasarkan pengalaman, pengetahuan, dan kemahiran  selama berkecimpung dalam bidang ini selama lebih 20 tahun, baik sebagai penulis, pengulas buku, pengkritik, penilai, editor, pemudah cara kursus ataupun pembicara buku. Buku ini merupakan yang pertama seumpamanya diterbitkan di Malaysia.

    Jadi, jika anda mahu tahu bagaimana menjadi penulis yang berjaya, bacalah buku ‘Menulis Buku: Cara Lain Dapatkan Wang Besar’. Saya yakin bahawa idea anda akan dapat disampaikan dalam bentuk buku yang mendatangkan hasil kewangan dan kesan positif lain kepada anda, keluarga,  dan negara. Anda harus yakin terhadap diri, dan mulalah menulis. Menulis ialah langkah pertama ke dunia keseronokan dan kepuasan yang yang pasti ingin anda nikmati.

    Menulis buku, membuat duit dan capai impian

    Cara menulis buku yang orang baca

  • Menulis Buku : Cara Lain Dapatkan Wang Besar
    By faruqijeniri on November 7th, 2008 | 6 Comments6 Comments Comments

    Menulis Buku; Cara Lain Dapatkan Wang Besar 5

    Penulis: Jeniri Amir

    Tebal- 220 m/s

    Harga- RM50

    Terbitan: Jenza Enterprise

    Sudah banyak penulis bergelar jutawan. Lebih daripada 15 penulis raih RM300,000 setahun di Malaysia. Ratusan penulis lain dapat RM25,000 setahun. Dengan menulis, anda akan dikenali ramai.

    Antara isi kandungan buku ini yang dibincangkan adalah:

    1. Cara mendapatkan idea
    2. Teknik menulis buku yang seronok dibaca
    3. Mendisiplinkan masa menulis
    4. Mengenali pelbagai aspek buku
    5. Pelbagai cara memberi tajuk
    6. Tip menulis proposal buku
    7. Bagaimana buku dinilai
    8. Mengubah tesis menjadi buku
    9. 10 sebab manuskrip ditolak
    10. dan banyak lagi…menggandungi 33 topik yang serba lengkap untuk anda mula menulis buku dan mendapatkan wang besar darinya! Dapatkannya sekarang!

    Tips dari penulis untuk anda tentang buku ini:

    Mahu melihat nama anda dicetak pada kulit buku hasil tulisan anda sendiri? Jika ya, teruskan membaca buku ini. Buku ini bukan sekadar memberitahu bagaimana membuat duit dengan menulis buku. Ia turut menjelaskan proses dan tahap-tahap yang perlu dilalui untuk menjadi penulis buku yang berjaya. Buku ini memberi panduan bagaimana menulis buku yang dibaca dan mendapat sambutan khalayak, dan menjadikan anda penulis yang sentiasa mendapat tempat di hati penerbit dan pembaca.

    Menghasilkan manuskrip hingga menjadi buku dan dibaca oleh orang ramai memerlukan sikap profesional, iaitu berdisiplin, kerja keras, kemahiran tinggi, dan kecintaan yang mendalam terhadap dunia penulisan dan ilmu. Kecintaan terhadap bidang penulisan dan keinginan untuk melihat lebih ramai penulis menerokai dunia penulisan, dan seterusnya mendapat wang daripadanya merupakan rangsangan terkuat mengapa buku ini dihasilkan. Kesedaran untuk melihat lebih banyak penulis lahir dan lebih banyak buku diterbitkan tercetus daripada keinginan untuk melihat suburnya industri buku di negara ini.

    Malangnya, jika sarjana dan penulis luar negara berlumba-lumba untuk menghasilkan buku, keadaan demikian tidak melanda negara kita. Bagi penulis dan sarjana luar negeri, ungkapan publish or perish sudah menjadi aforisme dan mendarah daging. Bagi kita, ungkapan itu tidak membawa makna.

    Kemampuan menulis buku terlaris memang merupakan impian setiap penulis. Menulis pada hari ini bukan lagi sekadar hobi, tetapi kerjaya yang dapat mengubah kehidupan seseorang. Dengan bakat, kesungguhan, dan pengorbanan, penulis akan menikmati ganjaran, penghargaan, kenikmatan atau kepuasan yang tidak terkira. Namanya mungkin meledak di pasaran, dan kesudahannya, buku tersebut sentiasa diburu oleh pembaca.

    Persoalannya, benarkah dengan menulis buku seseorang dapat membuat duit? Mengapa tidak? Kini, sudah ada penulis yang berjaya meraih pendapatan yang lumayan. Ada daripada mereka yang memperoleh sehingga RM250,000 setahun. Untuk mendapat RM25,000 setahun dengan menulis bukan sesuatu yang terlalu sukar. Hasil daripada royalti yang diterima, mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Mereka dapat memenuhi impian dan cita-cita, dengan membeli kondominium, kereta, melabur wang, membeli hartanah, dan melancong ke luar negara.

    Tidak hairan keinginan untuk menulis buku kini kian meluas. Ada yang begitu prolifik dan menghasilkan sehingga melebihi lima buah buku dalam setahun. Di Malaysia, ketika jumlah buku dan penulis tidak begitu banyak, penulis dapat menganggap diri mereka bertuah kerana mempunyai bakat dan kemahiran untuk menulis.

    Namun, keinginan untuk menghasilkan buku yang berkualiti, memenuhi cita rasa pembaca sehingga akhirnya menjadi buku terlaris tetap sentiasa membara di hati penulis atau pengarang. Mereka sedar bahawa menulis mendatangkan kesan positif kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Buku merupakan senjata berdaya debat yang hebat. Buku dapat dijadikan kubu untuk menangkis serangan pemikiran, dan buku juga dapat dijadikan senjata untuk menyerang pemikiran. Jadi, sebagai penulis, kita perlu menyerang pemikiran dengan pemikiran juga, iaitu melalui buku yang tajam pemikirannya.

    Apatah lagi, kebelakangan ini, dengan strategi penerbitan dan pemasaran yang betul, buku bukan fiksyen juga mulai mendapat pasaran yang baik. Ada buku yang diulang cetak beberapa kali dalam tempoh yang relatif singkat sehingga melonjakkan nama penulis ke papan teratas.

    Namun, untuk mencapai kejayaan seperti itu bukan mudah. Sifat, persediaan, pengetahuan, dan kemahiran yang betul dituntut bagi membolehkan anda muncul sebagai penulis yang berjaya. Menyedari pentingnya calon penulis didedahkan dengan teknik, prinsip, panduan, dan tip penulisan buku yang berkesan, maka saya berusaha untuk menulis buku ini. Banyak permintaan daripada penulis, termasuk pensyarah universiti agar saya menghasilkan buku seumpama ini, sesudah buku Buat Duit Dengan Menulis beredar di pasaran. Tambahan pula, belum terdapat buku seumpamanya di Malaysia.

    Buku ini secara khusus menjelaskan panduan menulis buku daripada peringkat membuat kertas cadangan, mendapatkan idea, memberi tajuk, menulis wacana, pembacaan pruf, hinggalah penyediaan manuskrip. Dengan demikian diharapkan, ia dapat mengatasi sebarang hambatan dan masalah mereka yang ingin menulis buku.

    Buku ini dapat mencungkil potensi anda sebagai penulis kerana sifatnya yang informatif dengan menekankan panduan yang praktikal. Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin menulis dan berminat dalam dunia penulisan, termasuk golongan profesional yang sibuk. Pengolahannya menarik dan penyampaiannya mudah diikuti kerana penulis menggunakan gaya bahasa yang lincah dan mudah, tetapi segar dan kreatif. Terdapat banyak kisah menarik, statistik yang menakjubkan, dan kata-kata hikmat yang memberi rangsangan dimuatkan dalam buku ini.

    Dalam bidang penulisan, memang menjadi impian setiap penulis untuk menghasilkan buku yang akan dibeli dan dibaca oleh masyarakat. Kalau dapat mereka mahu buku itu menjadi bestseller. Itulah yang menjadi pegangan saya ketika menulis buku ini. Selain bersifat motivasi, buku ini lebih merupakan buku panduan how to yang dapat menjadi pegangan atau handbook mereka yang ingin menghasilkan manuskrip yang berpotensi diterima oleh penerbit. Anda dapat mengetahui panduan dari segi penyediaan kertas cadangan, bahagian yang perlu ada dalam buku, alat penulisan yang berkesan, aspek yang dinilai, dan mengapa manuskrip anda ditolak oleh penerbit.

    Dalam dunia penerbitan, banyak pihak yang terlibat: penulis, penilai, editor, pereka letak, pembaca pruf, pengedar, dan pembeli. Pendek kata, buku ini adalah tentang dunia buku dari peringkat menggagaskan idea hingga ke promosi buku. Bab teknik mengubah suai tesis menjadi buku, kaedah penulisan KJ, dan aspek penilaian buku tentu amat berguna kepada penulis. Kriteria buku yang berjaya, sebab manuskrip ditolak dan strategi menanganinya turut disentuh dalam buku ini.

    Panduan atau tip yang disampaikkan adalah berdasarkan pengalaman, pengetahuan, dan kemahiran  selama berkecimpung dalam bidang ini selama lebih 20 tahun, baik sebagai penulis, pengulas buku, pengkritik, penilai, editor, pemudah cara kursus ataupun pembicara buku. Buku ini merupakan yang pertama seumpamanya diterbitkan di Malaysia.

    Jadi, jika anda mahu tahu bagaimana menjadi penulis yang berjaya, bacalah buku ini. Saya yakin bahawa idea anda akan dapat disampaikan dalam bentuk buku yang mendatangkan hasil kewangan dan kesan positif lain kepada anda, keluarga,  dan negara. Anda harus yakin terhadap diri, dan mulalah menulis. Menulis ialah langkah pertama ke dunia keseronokan dan kepuasan yang yhang pasti ingin anda nikmati.

    Kata perangsang atau Kata-kata mutiara juga terdapat di dalam buku ini seperti:

    Sebahagian besar daripada masa penulis digunakan untuk membaca bagi membolehkannya menulis; seseorang merujuk setengah daripada buku di dalam perpustakaan bagi menghasilkan sebuah buku - Samuel Johnson